Telah diketahui dalam sejarah, kejayaan dan tamadun
Eropah selepas abad pertengahan adalah bersumberkan tamadun Islam yang
telah maju lebih dahulu daripada mereka. Bagaimanakah ini terjadi? Selain
faktor penghijrahan orang Islam dan Mozarab ke Eropah, dan hubungan diplomatik
dan perdagangan, faktor yang paling penting ialah giatnya aktiviti penerjemahan
buku-buku Islam ke bahasa-bahasa Eropah terutama bahasa Latin.
Semasa kerajaan Islam bertapak di Andalus, para Amir
dan Khalifah juga menggalakkan kegiatan penterjemahan untuk digunakan
dalam negara. Sokongan kewangan diberikan kepada usaha-usaha menerjemah
buku-buku dari bahasa Latin, Greek dan lain-lain ke bahasa Arab.1
Setelah kawasan-kawasan Islam di Andalus ditawan oleh
Kristian mereka pula menerjemahkan karya-karya terutama
karya asli orang Arab ke bahasa Latin raja-raja mereka menggalakkan
supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya
mereka rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus
untuk menerjemahkan karya-karya Arab ke bahasa Latin dan juga menyediakan
pendidikan Arab Latin kepada masyarakat Kristian, Sekolah Arab-Latin di Toledo
dan Seville telah memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun ilmu
pengetahuan Islam ke Eropah.
Toledo yang ditawan oleh Alfonso VI dari Castile pada tahun
477 H/1085 M telah dijadikan sebagai pusat penerjemahan hasil karya ;Islam ke
bahasa-bahasa Eropah. Pada umumnya orang Yahudi di Toledo fasih berbahasa Arab
dan juga Latin atau Roman. Golongan inilah yang banyak berperanan menerjemahkan
buku-buku Arab ke bahasa Latin. Di samping itu Salomon ben Gabriel dan Moses
ben Maimon merupakan sarjana dan ahli falsafah mereka yang terkenal.2
Orang Kristian di Andalus sendiri telah
menyedari kelebihan orang Islam. Raja Kristian, Alfonso the Great dan
Alfonso the Wise telah banyak membuat sumbangan terhadap perkembangan
intelektual antara orang Kristian dengan Islam, Alfonso VII pula telah
menubuhkan sebuah institusi penerjemahan di Toledo pada tahun 523 H/1130 M.
Institusi ini telah mengikut contoh Bayt al-Hikrnah yang dibina di Baghdad
beberapa ratus tahun sebelumnya oleh orang Islam. Hasil usaha ahli
penerjemah di pusat ini telah membolehkan bahasa Latin dalam bidang astronomi,
matematik, falsafah, kedoktoran, kimia dan botani sehinggalah kurun ke 7 H/13
M.3
Antara para sarjana Kristian yang berrninat dalam
proses pemindahan ilmu ini ialah Dominicus Gondisalvi, Hugh dari Satella,
Petrus Alfose, John Seville, Savasonda dan Abrahan Ezra. Mereka telah menjejaki
dan menerjemahkan karya para sarjana Islam di Barcelona, Tarragona, Segovia,
Leon, Pamplona dan di kawasan selatan Perancis seperti Tolouse, Baziers,
Harbone serta Marseiles. Tetapi pusat yang terpenting sekali masih lagi di
Toledo. Mereka telah mendapat sokongan, galakan dan bantuan dari golongan
intelektual agama khususnya Reymond Archbishop di Toledo dan Micheal Scot,
bishop di Tarragona.4
Pada pertengahan kedua kurun ke 6 H/12 M, penemuan karya
terjemahan daripada bahasa Arab ke Latin yang paling banyak sekali diusahakan
oleh Gerard dari Carmona m. ke 5 H/11 M). Beliau telah menerjemahkan lebih 70
buah buku Arab ke bahasa Latin. Buku-buku ini meliputi bidang ilmu seperti
matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain. Boleh dikatakan lebih
banyak ilmu sarnpai ke Eropah melalui usaha Gerard dari yang lain. Antara
buku yang beliau terjemahkan ialah Almagest versi Arab karangan
Ptolemy yang merupakan karya penting mengenai atronorni. Beliau juga
menerjemahkan Kitab al-Qanun fi al- Tib karya Ibn Sina, Appolonius
mengenai optalmologi, karya-karya perubatan Gallen dan Hippocrates, Kitab
al-Tasrifkarangan al-Zahrawi dan lain-lain. Semua kitab yang diterjemahkan
ini berasal daripada teks Arab.5
Perlu diingatkan bahawa Eropah
tidak boleh memahami falsafah Yunani kecuali menerusi ilmu
pengetahuan Islam, ini kerana kitab-kitab falsafah seperti karangan Plato
dan Aristotle yang berbahasa Latin tidak pernah diterjemahkan terus ke bahasa
Eropah yang lain melainkan orang Eropah mengambilnya dari terjemahan orang Arab
yang telah ditambah oleh penulisan-penulisan ulama Islam.6 Sebagai contoh
Michael Scot dari Scotland (m. 650 H/1253 M) telah banyak membuat ulasan
mengenai hasil-hasil karya falsafah Aristotle yang dibuat oleh sarjana-sarjana
Islam dan hasil-hasil karya Abu Ishaq al-Bitruji telah beliau terjemahkan ke
bahasa Latin. Beliau juga menerjemah ulasan Ibn Rushd mengenai De Code et
Munde karya Aristotle dan lain-lain lagi. Beliau juga dikatakan seorang
daripada pengasas aliran falsafah Ibn Rushd di Barat.7
Montpellier dan diikuti oleh Paris, muncul sebagai
pusat pengajian ilmu pengetahuan yang terkenal di Eropah. Bahasa Arab dijadikan
mata pelajaran di beberapa buah universiti di Eropah seperti Toledo, Narbonne,
Neples, Bologne dan Paris. Hasil-hasil karya sarjana agung Islam di pelbagai
bidang telah diterjemahkan ke bahasa Latin dijadikan bahan teks utama sehingga
abad ke-16 M. Abad berikut barulah pengaruh bahasa Raab berkurangan setelah
sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus, Vesalius, Micheal Servetus, Nocolaus
Messa, Galileo Galilei dan lain-lain lagi membawa arah baru.8
Kesan tamadun dan kebudayaan Islam ke atas
Barat telah banyak dibuktikan. Contohnya dalam abad ke-12 H/18 M, Jesuir Juan
Andres dalam bukunya bertajuk Origin, Progress and Present State of World
Literature mengenengahkan pelbagai elemen Arab-Islam yang terdapat dalam
kesusasteraan Eropah.9 Dalam abad ke 19 M, Sarton seorang sarjana Barat telah
mendedahkan sumbangan tamadun Barat. Demikian juga hasil-hasil karya Asin
Palacias, Ribera, Gonzales Palencia, Farmer, Nykl dan lain-lain yang telah
membincangkan pelbagai aspek pengaruh kebudayaan Arab-Islam ke atas Eropah.10
Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kristian Eropah
banyak terhutang budi kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam
Andalus dalam bidang perkembangan intelektual dan kebudayaan. Ini kerana
Andalus menjadi pusat tumpuan mereka untuk mencari dan mendalam pelbagai bidang
ilmu pengetahuan.
KEBANGKITAN TAMADUN EROPAH
Setelah kejayaan Islam di Andalus bermula dari 93 H/711
M sehngga abad ke 6 H/11 M, Eropah mula belajar dari faktor-faktor kemajuan
Islam untuk membuat sebarang modernisasi dalam negara mereka sendiri. Apabila
kerajaan Islam mula mengalami zaman kemunduran dan kemerosotan, negara-negara
Eropah mahu mengejar pelbagai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan
sosial. Setelah negara Islam jatuh mereka mengambil segala ilmu-ilmu Islam dan
seterusnya memindahkan ke Eropah. Di bawah pemerintahan Bani Umayyah umat Islam
telah membina institusi pengajian dan sistem pelajaran yang terbaik di seluruh
dunia dan ramai penuntut Eropah mengunjungi universiti-universiti Islam di
Andalus.11
Henry Grady Weaver dalam bukunya The Mainspring of Human
Progresssemasa membincangkan tentang sumbangan umat Islam di Andalus (yang
juga dikenali sebagai Saracen di Eropah) kepada kebangkitan Eropah di bawah
tajuk ‘Contributions of the Saracens’ berkata:
“Buku-buku teks
sekolah menekankan kepada sejarah Eropah silam dan moden tetapi
tidak menegaskan sejarah semasa Eropah beku dalam zaman kegelapannya. Dunia
sebenarnya sudah bersinar dengan suatu tamadun yang lebih hampir kepada apa
yang terdapat di Amerika kini. Tiga puluh generasi manusia yang menaruh
keyakinan kepada kebebasan individu telah mewujudkan tamadun itu dan berterusan
selama 800 tahun.
Di padang pasir, gunung-gunung dan di lembah sungai yang
subur dari Ganges ke Atlantik, orang ini meliputi semua bangsa, warna dan kelas
yang dahulunya daripada pelbagai agama, budaya dan empayar kerajaan) yang
terdahulu. Golongan ini terdiri daripada orang yang menganut agama Buddha,
Kristian, Islam, Hindu, Yahudi dan berbangsa Mongol, Parsi, Medes, Arab,
Yunani, Mesir, Phoenica, Mitti, Afrika dan ratusan keturunan bangsa lagi yang
wujud sebelum permulaan sejarah bertulis.
Tidak ada satu nama yang wajar diberi kepada golongan ini,
Penduduk Eropah yang bencikan mereka menamakan mereka sebagai Saracen.
Rekod-rekod mengenai Saracen yang dibenci ini banyak diputarbelitkan mereka
mempunyai tamadun selama 800 tahun, institusi-institusi, kaedah-kaedah, cara
hidup mereka semuanya terpendam dalam bahasa perhubungan mereka iaitu Arab.
Oleh kerana sejarawan-sejarawan Amerika berfikiran sama seperti orang Eropah,
kita hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai dunia Saracen yang dilihat
melalui fahaman Eropah yang salah dan kebencian yang bermula dari zaman
Peperangan Salib. Disebabkan pandangan prejudis yang mendalam ini maka untuk
memberi keadilan adalah wajar diubah gambaran ini dengan mengutarakannya
melalui perspektif Saracen. Dunia kini sangat terhutang kepada Saracen dalam
bidang sains, matematik, astronomi, ilmu pelayaran, perubatan moden,
pembedahan, pertanian saintifik dan pengaruhnya yang menuju kepada penemuan dan
penjelajahan Amerika. Dalam dunia Saracen, tidak ada kuasa yang menekan
saintis-saintis, tidak ada polis mengacau mereka dan tidak
ada kerajaan yang menjaga mereka. Sekolah-sekolah yang dibuka dari
Baghdad ke Granada banyak dikunjungi oleh penuntut-penuntut. Ada di antara
sekolah-sekolah tersebut menjadi universiti-universiti yang terkenal, dan
selama ratusan tahun mereka terus berkembang. Organisasi formal tidak wujud
bagi universiti-universiti Saracen. Muhammad berpendapat bahawa terlampau
banyak organisasi akan membawa kepada rasuah. Peraturan-peraturannya sedikit.
Tidak ada program yang standard, tidak ada kurikulum biasa, tidak ada
peperiksaaan. Untuk menghindarkan idea bahawa pendidikan akhir dengan
penganugerahan ijazah, sekolah-sekolah Saracen tidak memberi diploma atau
ijazah. Ia bukannya institusi untuk mengajar tetapi belajar. Penuntut-penuntut
belajar untuk mendapat ilmu seperti mana penduduk Amerika pergi ke kedai runcit
untuk membeli makanan. Kelas-kelas diadakan secara terbuka. Sesiapa yang mahu
mencari ilmu boleh duduk dan mendengar. Jika dia memilih untuk belajar dia akan
memilih guru dan berbincang secara peribadi dengannya apa yang
hendak dipelajari dan bayarannya dipersetujui. Jjka sekiranya selepas
masuk kelas, murid berasa dia tidak dapat ilmu yang dicarinya, dia
berhenti membayar guru itu dan pergi ke guru yang lain atau universiti
yang lain. Apabila selesai pelajaran yang diperlukan, dia berhenti sekolah
dan menguji ilmu barunya secara praktikal.
Selama 800 tahun, sekolah-sekolah Saracen dan
universiti-unversitinya berjalan atas prinsip kebebasan,
berdasarkan perjanjian sukarela antara guru dan murid. Mereka menawarkan
semua ilmu pengetahuan yang lalu dengan penekanan khas kepada ilmu sains.
Satu daripada keistimewaan sifat-sifat Saracen ialah kebolehan mereka
untuk memanfaatkan pengalaman orang lain. Mereka mengkaji karya-karya
Aristotle, Galen dan Euclid. Mereka menumpukan perhatian kepada
penemuan-penemuan silam dan teknik Yunani, China, Romawi dan selalu berusaha
mencari cara untuk memperbaikinya. Umpamanya mengenai angka-angka bilangan.
Angka-angka yang anda dapat dalam mesin kira atau angka-angka di barisan atasan
kunci-kunci mesin taip atau di muka surat buku dikenali sebagai angka Arab.
Sungguhpun disampaikan kepada kita oleh Arab Saracen yang sebenarnya
angka-angka kita ini berasal dari bahasa Hindu. Bangsa Yunani dan Roman telah
melihat simbol-simbol Hindu di India tetapi masih terus bergantung kepada
angka-angka Romawi yang sukar untuk perkiraan campur, tolak, dan darab
dengan menggunakan bola-bola kecil di atas wayar seperti yang masih dilakukan
oleh orang China sedangkan orang Saracen telah mengambil angka Hindu yang
mudah tetapi kemudiannya membuat perubahan yang membina. Jelas,
apabila manusia diberi kebebasan mereka akan mencari cara-cara bagi
memudahkan kerja.
Sumbangan Saracen yang tidak ;kurang nilainya kepada tamadun
moden kita ialah daya pemikiran yang bebas. Mereka yang pada pertama
sekali memahami konsep matematik bahawa tidak adanya bilangan-kosong adalah
dengan sendirinya satu nombor. Mereka mencipta sifar yang jika ia tidak ada
maka sukar bagi sains untuk mewujudkan tamadun moden kini sepertimana yang kita
ketahui hari ini.”12
Maka jelaslah dari petikan di atas bagaimana
sumbangan tamadun Islam di Andalus terhadap tamadun intelektual terutamanya di
Eropah. Maka bermula dari abad ke-15 M terutama selepas Peperangan Salib timbul
zaman Renaisance di Eropah untuk lari dari zaman kegelapannya ke zaman
modennya. Perubahan dari zaman kegelapan telah mengambil masa yang panjang.
Sungguhpun demikian Renaisance telah memberi lebih peluang kebebasan individu
dari segi agama, penulisan, kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang
cemerlang dalam sastera dan sains. Seterusnya jadilah negara-negara Eropah pada
abad-abad berikutnya sepertimana yang kita lihat hari ini.
Kini, negara-negara Eropah dianggap lebih maju daripada
negara-negara Islam. Maka adakah pada masa ini adalah relevan untuk para
intelek negara Islam untuk menrjemahkan karya-karya Eropah ke bahasa umat
Islam, atau mempelajari bahasa itu sahaja sudah cukup untuk kita memahami ilmu
yang disampaikan oleh mereka. Telah ada usaha-usaha penerjemahan dilakukan
tetapi tidaklah segiat usaha penerjemahan orang Eropah dahulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan