Gerakan terjemahan sebagai gerakan intelektual
merupakan wahana untuk mendalami sesuatu ilmu secara halusi dan menyeluruh..
Ianya mempunyai kaitan yang amat rapat dengan sirah Rasulullah saw. Bermulanya
gerakan terjemahan sama sekali tidak boleh dipisahkan dengan gerakan ilmu.
Tanpa ilmu pengetahuan bagaimana sesuatu gerakan terjemahan dapat dihasilkan.
Pada era
kerajaan Abbasiyah terjemehan banyak member sumbanganyya terhadap perkembangan
ilmu sains. Zaman kegemilangan Abbasiyah banyak dipengaruhi oleh kelahiran
ramainya ahli-ahli falsafah dan sains yang banyak menyumbang kepada teknologi
dan pembangunan. Pencapaian-pencapaian intelektual dan saintifik berkembang
pesat pada masa itu.
Banyak
faktor yang telah menyumbang kearah kemajuan yang dicapai dan antaranya ialah
kegiatan terjemahan yang berjalan pada masa tersebut. Banyak kitab-kitab ilmu
pengetahuan yang diterjemahkan oleh cendikiawan yang kemudiannya isi
kandungannya membantu para saintis meningkatkan lagi penyelidikan mereka
disamping menambah ilmu pengetahun.
zaman
pemerintahan Abbasiyah merupakan puncak sejarah zaman kegemilangan Islam. Di
zaman ini umat Islam mula berhubungan dengan kebudayaan-kebudayaan asing
seperti parsi,Hindu dan Greek dan telah
menterjemahkan karya penyelidikan terpenting kedalam bahasa Arab.
Walaupun
banyak sumber-sumber asli yang diterjemahkan itu telah hilang dan yang tinggal
hanya terjemahan bahasa arab, namun ia terus terpelihara sebagai ilmu yang
sangat tinggi nilainya.d disamping mentermah, penyelidik Islam juga telah
mengkritik dan mencipta sesuatu yang baru dari hasil terjemahan tersebut.
KEGIATAN
TERJEMAHAN DAN PERKEMBANGAN SAINS
Perkembangan
pelbagai disiplin ilmu, khusus ilmu sains dalam tamadun Islam disebabkan oleh
pelbagai faktor. Faktor utama perkembangan tradisi keilmuan Islam adalah
dirangsang oleh al-Quran dan Hadis sendiri. Kenyataan ini dibuktikan melalui
penulisan ulama-ulama terkenal Islam seperti al-Ghazali dalam kitabnya Ihya'
Ulum al-Din dalam bab Kitab al-'Ilm atau The Book of Knowledge telah
mengumpulkan sekian banyak ayat-ayat al-Qur'an, Hadis dan cerita-cerita yang
merangsang pencarian ilmu, kedudukan dan kelebihan orang-orang yang mencari
ilmu pengetahuan.
Berkembangnya
tradisi ilmuan Islam adalah disebabkan oleh penterjemahan karya-karya
terutamanya ilmu sains dan falsafah dari tamadun asing, khususnya dari
Greek/Yunani. Justeru itu, kita dapat melihat khususnya pada zaman Abbasiah
betapa giatnya ilmuwan Islam melakukan penterjemahan karya-karya dalam bidang
sains dan falsafah, yang diambil dari Greek/Yunani.
Bagaimanpun,
pada mulanya ilmu-ilmu dari Greek yang dibawa masuk ke Timur pada abad ke 4
Masihi bukanlah oleh orang-orang Arab Islam tetapi oleh orang-orang Arab Syria
yang beragama Kristian. Melalui merekalah ilmu-ilmu falsafah dan sains Greek
telah dipindahkan ke dunia Arab.
Orang-orang
Syria, bukan sahaja bertindak sebagai penterjemah, tetapi juga telah menyuburkan
ilmu-ilmu Greek lebih dari lima abad sebelum ianya dipindahkan kepada kumpulan
kecil golongan sarjana Muslim pada abad Pertengahan Islam .Kerja-kerja
penterjemahan karya-karya dari Greek oleh Syria berkemungkinan bermula pada
abad ke 4 Masihi sehingga abad ke 8 Masihi . Terdapat lima saluran bagaimana
ilmu-ilmu Greek yang disimpan oleh orang-orang Syria. dapat bertapak di dunia
Arab, iaitu melalui:
1. Golongan
Kristian Nestorian :
Menurut De
Boer (1970), golongan Nestorian lebih berpengaruh di Parsi, manakala golongan
Monophysite di Syria. Kedua-dua golongan ini mempunyai perbezaan pandangan
dalam doktrin ketuhanan Kristian. Bagi Monophysite, tuhan dan manusia adalah
bersatu dalam satu nature Christ (Jesus), manakala golongan Nestorian pula
membezakan antara nature Ketuhanan dan nature kemanusiaan di dalam Jesus.
Golongan ini merupakan guru terawal orang-orang Islam dan mereka merupakan
"penghubung" yang amat penting di dalam bidang perubatan dan sains.
2. Golongan
Kristian Jacobites atau Monophysites :
Mereka ini banyak
memperkenalkan spekulatif neo-Platonis dan mistikisme (fahaman kesufian).
3.Golongan
Zorostaria di Parsi dan khususnya aliran Junde-Shapur (golongan ini juga kuat
dipengaruhi oleh elemen-elemen Nestorian).
4.Golongan Pagan
Harran.
5.Segelintir
orang-orang Yahudi. Golongan ini tidak membuat hubungan dengan tradisi falsafah
Aristotle. Akademi mereka di Sora dan Pumbaditha lebih menjurus kepada
undang-undang tradisi mereka sendiri dan tafsiran Bible.
Kerja-kerja
penterjemahan karya-karya Greek melalui versi Syria secara giat ke dalam bahasa
Arab dapat dilihat pada awal pemerintahan kerajaan Abbasiah .Bagaimanapun minat
untuk mempelajari sains dan falsafah Greek dapat juga dilihat pada masa
pemerintahan Khalid Ibn Yazid (mati 704 Masihi) dari Bani Ummaiyyah (661 - 749
Masihi). Khalid ibn Yazid diberitakan telah mempelajari Alkimia dari paderi
Kristian. Beliau juga telah mengarahkan karya-karya Alkimia Greek diterjemahkan
ke dalam bahasa Arab
PERINGKAT
TERJEMAHAN DI ERA ABBASIAH
Kegiatan penterjemahan
pada zaman Bani Abbasiah dapat dibahagikan
kepada dua peringkat. Peringkat pertama adalah dari zaman awal penubuhan
Bani Abbasiah sehingga kepada perlantikan Khalifah al-Ma'mum (132 - 198 H).
Kegiatan penterjemahan pada tahap ini kebanyakkannya dilakukan para penterjemah
bebas dari agama Kristian, Yahudi dan penganut agama non-Islam.
Peringkat kedua
pula ialah dari masa pemerintahan al-Ma'mum dan para penggantinya (al-Mu'tasim
dan al-Mutawakkil). Kegiatan penterjemahan pada peringkat ini kebanyakkannya
berpusat di Baghdad terutama di Bayt al-Hikma atau House of Wisdom yang
diasaskan oleh Khalifah al-Ma'mum (833 Masihi) di sekitar tahun 830 Masihi .
Pada peringkat pertama atau di sekitar abad ke
8 Masihi, kerja-kerja penterjemahan yang paling awal telah dilakukan oleh
'Abdullah ibn al-Muqaffa' yang berasal dari Far dan pada asalnya beliau
menganut agama Zoroastaria sebelum beliau menganut agama Islam. Antara karya
yang diketahui telah diterjemahkan oleh Ibn al-Muqaffa' ke dalam bahasa Arab
ialah karya dari Parsi iaitu Kalila wa-Dimna. Pada masa beliau hidup, Bani
Abbasiah telah diperintah oleh Khalifah al-Mansur (136 -158 H/754 - 775 M).
Pada waktu tersebut, Khalifah al-Mansur telah memerintahkan Ibn Muqaffa' dan
lain-lain penterjemah supaya menterjemahkan karya-karya mengenai sains tabii,
perubatan dan logik yang berasal dari Pahlawi, Parsi dan Greek untuk
diterjemahkan ke dalam bahasa Arab .
Pada zaman
al-Mansur terdapat juga penterjemah Arab seperti Ibrahim al-Fazari yang telah
menterjemahkan karya astronomi dari India iaitu Siddhanta yang kemudiannya
dikenali sebagai Sindhind. Penterjemahan ini telah membawa satu minat baru di
dalam mempelajari bidang astronomi.
Selepas itu muncul pula Muhammad Ibn Musa
al-Khwarazmi (232 H/ 846 Masihi) yang menggabungkan sistem astronomi Greek dan
India. Generasi berikutnya telah memperlihatkan munculnya beberapa ahli
astronomi Arab yang terkenal seperti Abu Ma'shar (mati 272 H/ 885 Masihi) yang
merupakan anak murid kepada al-Kindi dan Muhammad b. Jabir b.Sinan al-Battani
(mati 317 H/ 929 Masihi) .
Khalifah
al-Mansur juga turut memerintahkan beberapa karya Aristotle, Almegest karangan
Claudilmus Ptolomeus dan buku-buku Euklides diterjemahkan. Menurut al-Mas'udi
(ahli sejarah dan pengembara Islam, mati pada 345 H/956Masihi), sesudah
terjemahan-terjemahan tersebut diterbitkan, orang-orang Islam telah
mempelajarinya dengan bersungguh-sungguh dan membina kembali cabang-cabang ilmu
pengetahuan tersebut .
Peringkat kedua
kegiatan penterjemahan ialah pada zaman al-Ma'mun dan para penggantinya, iaitu
di antara abad ke 9 hingga ke 10 Masihi. Pada peringkat ini, kegiatan
penterjemahan semakin bertambah pesat, terutama apabila Bait al-Hikmah telah
didirikan oleh khalifah al-Ma'mum dan kemudiannya dipimpin oleh Yahya Ibn
Masawayh (mati 243 H/857 Masihi).
Di bawah pimpinan
Yahya Ibn Masawayh, Bait al-Hikmah menjadi pusat utama kegiatan penterjemahan.
Kerja penterjemahan di pusat tersebut telah dilakukan oleh Ibn Masawayh sendiri
dan anak-anak murid beliau seperti Abu Zayd Hunayn Ibn Ishaq al-Ibadi
(meninggal pada 263 H/876 Masihi) seorang ahli kedoktoran Nestorian .
Hunayn bersama-sama dengan anaknya iaitu Ishaq
Ibn Hunayn dan anak saudaranya, iaitu Hubaysh Ibnal-Hassan telah berkerja
bersama-sama dalam melakukan kerja penterjemahan. Hunayn telah menterjemahkan
karya Eculid, Galen, Hippocrates, Archimedes, Apollonilmus dan karya Plato
seperti Republic, Laws dan Timaeus serta karya-karya Aristotle ke dalam bahasa Arab.
Anaknya, Ishaq telah menterjemahkan karya Sophist Plato, Metafizik, de anima,
de generatione et de corruptione dan Hermeneutica karya Aristotle .
Hunayn lebih terarah dalam menterjemahkan
karya-karya perubatan, manakala anaknya Ishaq lebih menjurus ke arah
penterjemahan karya-karya falsafah. Di samping mereka, terdapat penterjemah
lain dari golongan Nestorian seperti Abu Bishr Matta b.Yunus (mati 328 H/939
Masihi) yang menterjemahkan Analytica Posterior dan Poetic Aristotle, ulasan
Alexander of Aphrodisis terhadap buku de generatione et de corruptione dan
ulasan Themistilmus terhadap buku 30 Metafizik Aristotle. Abu Bishr Matta juga
adalah pengulas asal terhadap karya Aristotle Categories dan Isagoge oleh
Porphyry. Penterjemah dari golongan Jacobites pula ialah Yahya b. Adi dan Abu
'Ali Isa b. Zaraah
Penterjemah lain
yang aktif pada peringkat ini ialah seperti Thabit b. Qurrah (mati 901 Masihi),
as-Sarakhsi (mati 899 Masihi), al-Farabi (mati 950 Masihi), al-Kindi (873
Masihi), Abu Sulaiman al-Mantiqi as-Sijistani (mati 985 Masihi), al-Amiri (mati
992 Masihi) (Franz Rosenthal, 1975: 6), Ibn al-Khammar dan lain-lain lagi ( De
Boer, 1970: 18-19).
Apabila Khalifah
al-Ma'mun melawat Harran pada tahun 823 Masihi, banyak manuskrip Greek dan
Syria telah dibawa ke Baghdad. Khalifah al-Ma'mun telah mengamanahkan kepada
Abu Yusuf al-Kindi (mati 873 Masihi) untuk menterjemahkan karya Aristotle .
Secara keseluruhannya, gerakan penterjemahan
yang pesat dilakukan pada zaman Abbasiah adalah lebih menjurus kepada
subjek-subjek yang berkaitan dengan sains, perubatan dan falsafah. Tidak
terdapat karya-karya yang berhubung dengan puisi Greek (kesenian), keagamaan, komedi
dan karya sejarah Greek diterjemahkan ke dalam bahasa Arab .
Faktor yang
mendorong orang-orang Islam tidak menterjemahkan karya-karya kesenian Greek
ialah disebabkan orang-orang Islam mempunyai sikap selektif, di mana mereka
dapat mengesan unsur-unsur Greek yang bertentangan dengan akidah Islam .
Di samping itu, ajaran Islam itu sendiri telah
meletakkan asas ilmu yang mencukupi kepada cendekiawan Muslim sebelum mereka
menyerapi unsur-unsur asing ke dalam budaya ilmu Islam .
Tambahan lagi, penerimaan dan pengkajian
ilmu-ilmu warisan asing dilakukan hanya setelah penghuraian ilmu-ilmu
tradisional Islam, al-Qur'an dan Hadis telahpun mantap. Manakala pembelajaran
dan perkembangan bahasa Arab telah mencapai ke satu tahap yang tinggi dengan
pembentukan kajian nahu bahasa Arab di Kufah dan Basrah. Pusat ini kemudiannya
telah melahirkan ramai pakar nahu, penyair dan kritikan sastera .
PERKEMBANGAN
SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM ERA ABBASIAH
Secara
umumnya, perkembangan sains dan teknologi dalam tamadun Islam telah melewati
beberapa tahap perkembangan:
Tahap
pertama seperti yang telah dihuraikan di atas (penterjemahan karya-karya
asing), adalah merujuk kepada tahap berlakunya proses penyerapan dan pemindahan
ilmu-ilmu klasik (dari tamadun Yunani, Mesir, India dan lain-lain) terutama
dalam bidang sains dan falsafah daripada bahasa-bahasa Yunani, Parsi dan
Sanskrit ke bahasa Arab. Tahap pertama berlaku dari abad ke lapan Masihi hingga
akhir abad kesembilan Masihi., iaitu kira-kira 150 tahun. Jangka masa ini ialah
tempoh umat Islam menyesuaikan ilmu yang dipinjam dengan cara kreatif, iaitu
dengan mengislamisasikan ilmu-ilmu tersebut bagi disesuaikan dengan pandangan
hidup Islam.
Tahap kedua
pula telah melahirkan idea-idea dan sumbangan-sumbangan mereka sendiri. Tahap
ini berakhir pada penghujung abad ketiga belas Masihi. Menurut Sarton, tahap
kecemerlangan tamadun Islam hanya wujud sehingga ke abad kesebelas Masihi (S.
Waqar., 1986:10).
Tahap
kemerosotan sains dan teknologi Islam mula berlaku pada akhir abad ke 15 Masihi.
Abad-abad ke 12 dan 13 Masihi, iaitu ketika berlakunya Peperangan Salib serta
serangan bertalu-talu orang-orang Monggol ke atas empayar Abbasiah menandakan
permulaan zaman keruntuhan dan kehancuran sains, teknologi dan tamadun
kebendaan orang Islam.
Bagaimanapun. dalam dua abad ini berlaku pula
proses peniruan dan penyerapan sains Islam yang intensif sekali di Barat.
Proses ini berlaku melalui kegiatan penterjemahan secara teratur karya-karya
orang Islam, diikuti dengan pembinaan universiti-universiti di Barat untuk
menampung limpahan ilmu orang-orang Islam tadi. Puncak kemegahan sains dan
pembelajaran ilmu-ilmu Islam di Barat tercapai di akhir abad ke 13 Masihi. Pada
waktu yang sama, keagungan tamadun Islam mulai menurun dan pengaruh sains Islam
ke atas dunia Barat berakhir pada abad ke 16 Masihi
RUMUSAN
Secara ringkasnya, kegiatan
terjemahan di era Abbasiah telah mempengaruhi perkembagan sains dan teknologi .
Banyak hasil terjemah yang bukan sahaja diterjemah bahkan diberi kritikan dan
penambahbaikan yang banyak.
Kegiatan terjemahan ini juga
telah memudahkan masyarakat Islam untuk memahami dan mengkaji perkembangan ilmu
sains dan teknologi tamadun masyarakat lain yang telah berkembang maju.
Polisi kerajaan pada era
Abbasiah juga telah memudahkan para pengkaji dan penterjemah dalam melaksanakan
tugasan mereka menjadi faktor berkembangnya teknologi sains dengan bantuan
kegiatan terjemahan.